Krisis Perlembagaan Negeri Perak Sultan_Azlan_Muhibbuddin_Shah_ibni_Almarhum_Sultan_Yussuff_Izzuddin_Shah

Ketika Perak sedang bergembira dengan Sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda sebagai Sultan Perak pada 2009, negeri Perak telah dilanda krisis politik yang melibatkan peralihan 3 orang ahli Dewan Undangan Negeri dari barisan kerajaan negeri yang menyebabkan kerajaan campuran Pakatan Rakyat tidak mempunyai majoriti yang cukup.

Baginda selaku ketua negeri telah memainkan peranan yang penting dalam penentuan kerajaan negeri dengan memutuskan untuk penukaran kerajaan tanpa pembubaran Dewan Undangan Negeri walaupun telah dipohon oleh Menteri Besar Perak sendiri. Perlakuan baginda ini adalah menurut perlembagaan.

Dengan itu, dalam menangani krisis pentadbiran kerajaan Negeri Perak, baginda telah mempraktikkan keputusan menurut peraturan dengan membenarkan penubuhan kerajaan baru oleh Barisan Nasional apabila baginda mengesahkan dengan menemu-bual setiap seorang wakil BN dan wakil Bebas mengenai pendirian mereka. Selain itu baginda membuat keputusan berdasarkan perlembagaan negeri Perak yang menyatakan Menteri Besar perlu mendapat sokongan majoriti. Selain itu, keputusan mengenepikan surat letak jawatan tiga orang ADUN itu bedasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam kes yang serupa, yang menetapkan bahawa surat yang ditandatangan lebih awal (presign letter) tidak sah. [3][4]

Maka, mengikut 3 bahagian di dalam keseluruhan peruntukan Fasal 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan;

  1. Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN - sila ambil perhatian bahawa tidak dinyatakan di sini bagaimana atau prosiding apakah yang wajib untuk menentukannya.
  2. Menteri Besar tersebut hendaklah meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri ("Exco") termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco - Perkataan "hendaklah" bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.
  3. Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan - ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan Menteri Besar memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan Menteri Besar. Tetapi yang pastinya ada peruntukan 18 (2)(b) untuk baginda menggunakan budi bicaranya.

Mengikut Fasal 18 (2)(b) pula, bagi memastikan tindakan baginda adalah mengikut bidang kuasa sedia ada ke atas baginda, Paduka Seri Sultan Perak telah menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak berdasarkan budi bicara dan penilaian sendiri) yang ada pada baginda di bawah peruntukan 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh Menteri Besar. Ini dinyatakan dan digunapakai bagi menunjukkan kuasa yang ada pada dri baginda adalah bukan sekadar untuk berfungsi sebagai "rubber-stamp" apabila Menteri Besar membuat permintaan untuk pembubaran pada bila-bila masa.

Rujukan

WikiPedia: Sultan_Azlan_Muhibbuddin_Shah_ibni_Almarhum_Sultan_Yussuff_Izzuddin_Shah http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id... http://www.sinarharian.com.my/semasa/sultan-azlan-... http://hids.arkib.gov.my/doc/2000/disember/09_12_1... http://hids.arkib.gov.my/doc/2005/april/26_04_1989... http://gsas.perak.gov.my http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p086148796 http://isni.org/isni/0000000080904050 https://id.loc.gov/authorities/names/n88234845 https://d-nb.info/gnd/119141604 https://viaf.org/viaf/10649248